Saturday 5 January 2013

Sejarah Politenik Muadzam Shah


PETA-PETA POLITEKNIK DI MALAYSIA




POLITEKNIK MUADZAM SHAH,PAHANG




                   Politeknik Muadzam Shah (PMS) ialah sebuah politeknik yang terletak di Bandar Muadzam ShahPahang. PMS merupakan politeknik yang ke-19 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mula beroperasi pada 1 Ogos Ogos 2003.
                    Pada awal penubuhannya, Politeknik Muadzam Shah beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah. Sebuah bangunan sekolah 3 tingkat dan dua buah asrama telah dipinjamkan oleh pihak sekolah bagi permulaan operasi Politeknik Muadzam Shah.
                    Pada peringkat awal, hanya dua program yang ditawarkan iaitu Sijil Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Sijil Pengajian Perniagaan. Operasi politeknik semakin lama semakin berkembang dengan pertambahan jumlah pelajar. Maka pihak politeknik terpaksa menyewa Bangunan Galeri Ilmu melalui Majlis Daerah Rompin sebagai penempatan sementara bagi menempatkan Unit Pentadbiran dan Kewangan.

                      Logo Politeknik Muadzam Shah diilustrasi berdasrkan seekor gajah dan dipilih berikutan PMS terletak di Negeri Pahang yang dikenali sebagai Negeri Tok Gajah. Logo ini mengilistrasikan huruf P dan M yang menunjukkan kepala, belalai dan badan gajah, manakala S adalah lingkaran merah sebagai singkatan pada nama Politeknik Muadzam Shah.
                      Politeknik Muadzam Shah telah menerima anugerah Sijil MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd pada 6 Oktober 2006, dengan skop pendaftaran Perkhidmatan Pendidikan di Peringkat Sijil dalam Bidang Teknologi Maklumat Dan Perdagangan untuk lulusan SPM/SPVM. Kini PMS telah memperbaharui pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 6 Oktober, 2009.

                     Politeknik Muadzam Shah telah menerima anugerah Sijil MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd pada 6 Oktober 2006, dengan skop pendaftaran Perkhidmatan Pendidikan di Peringkat Sijil dalam Bidang Teknologi Maklumat Dan Perdagangan untuk lulusan SPM/SPVM. Kini PMS telah memperbaharui pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 6 Oktober, 2009.


Dibawah 5 jabatan induk iaitu :
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  • Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Jabatan Perdagangan
  • Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
  • Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti selain daripada 2 jabatan sokongan iaitu :
  • Jabatan Matematik Sains dan Komputer
  • Jabatan Pengajian Am


             Diantara program-program yang disediakan di Politeknik Muadzam Shah adalah seperti berikut:
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

*      Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
*      Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
*      Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)

Jabatan Perdagangan
*      Diploma Pengajian Perniagaan
*      Diploma Akauntansi

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
*      Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
*      Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
*      Diploma Rekabentuk Grafik

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
*      Diploma Pengurusan Pelancongan









2 comments:

  1. Boleh saya tahu, kalau diploma reka bentuk fesyen dan pakaian di politeknik mana ya?

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tahu, kalau diploma reka bentuk fesyen dan pakaian di politeknik mana ya?

    ReplyDelete