Saturday 5 January 2013

Kos ......


 Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV)


         

          

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual menawarkan program pengajian sepenuh masa di peringkat diploma dalam bidang berikut : 

- Diploma Rekabentuk Grafik

Program ini menekankan pembelajaran dan pengajaran kepada konsep rekabentuk dan juga aplikasi yang terlibat dalam proses-proses penghasilannya.

Pelajar dilatih untuk berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan idea di mana dalam proses pembelajarannya akan melibatkan pembinaan idea dan konsep, kajian, metodologi, "hands-on technique" dan aplikasi yang digunakan sama ada secara manual atau komputer. Pada semester akhir pelajar program diploma perlu menghasilkan major projek bagi menfokus pada skop tertentu dan beberapa kursus elektif untuk keperluan kerjaya pada masa hadapan.

Objektif 
Melatih pelajar peringkat sijil dan diploma untuk menguasai kemahiran juga untuk menjadi individu yang kreatif dan inovatif untuk keperluan separa profesional dalam bidang rekabentuk grafik. 

Pada akhir kursus pelajar akan berkebolehan untuk memahami beberapa displin dalam rekabentuk grafik dan mempelajari beberapa teknik penyelesaian masalah menggunakan kaedah konvensional atau pun peralatan berteknologi tinggi untuk "output" yang berkualiti tinggi.

Peluang Kerjaya 
Pereka, Book illustrator, Animation artist, Computer graphic, DTP ( desktop publishing ) Artist, Pereka web, Graphic environment designer, Image touch-up designer, Photographer, Packaging designer, Comic producer, Communication designer, Stationery designer, Pereka set, Pereka majalah dan suratkhabar, Pereka pameran, Pereka multimedia, Digital Artist, Berkerja sendiri.

Studio
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, para pelajar di jabatan ini didedahkan kepada suasana kerja di dalam studio dan juga bengkel. Proses ini melibatkan sesi syarahan, tutorial dan juga latihan. Dari masa ke semasa JRKV juga menjemput para pensyarah luar dan ahli professional untuk memberi ceramah mengenai bidang senireka bagi tujuan meningkatkan mutu kerja dan etika profesion.

Bengkel
Bengkel industri dilengkapi dengan peralatan pertukangan kayu dan besi. Terdapat juga bengkel jahitan bagi kemudahan pelajar- pelajar fesyen belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan.




Makmal PC/Macintosh
Makmal-makmal komputer kami mempunyai kelengkapan yang terkini dan menepati kehendak dan keperluan industri dan juga firma-firma rekabentuk. Antara perisian yang dimuatkan adalah seperti: Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Premiere, Macromedia flash, Macromedia Director, Cinema 4D RHINO.


p/s:kali ini tiada pesanan.....Lenguh jari-jari runcingku menaip....hahahahah...

Sejarah Politenik Muadzam Shah


PETA-PETA POLITEKNIK DI MALAYSIA




POLITEKNIK MUADZAM SHAH,PAHANG




                   Politeknik Muadzam Shah (PMS) ialah sebuah politeknik yang terletak di Bandar Muadzam ShahPahang. PMS merupakan politeknik yang ke-19 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mula beroperasi pada 1 Ogos Ogos 2003.
                    Pada awal penubuhannya, Politeknik Muadzam Shah beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah. Sebuah bangunan sekolah 3 tingkat dan dua buah asrama telah dipinjamkan oleh pihak sekolah bagi permulaan operasi Politeknik Muadzam Shah.
                    Pada peringkat awal, hanya dua program yang ditawarkan iaitu Sijil Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Sijil Pengajian Perniagaan. Operasi politeknik semakin lama semakin berkembang dengan pertambahan jumlah pelajar. Maka pihak politeknik terpaksa menyewa Bangunan Galeri Ilmu melalui Majlis Daerah Rompin sebagai penempatan sementara bagi menempatkan Unit Pentadbiran dan Kewangan.

                      Logo Politeknik Muadzam Shah diilustrasi berdasrkan seekor gajah dan dipilih berikutan PMS terletak di Negeri Pahang yang dikenali sebagai Negeri Tok Gajah. Logo ini mengilistrasikan huruf P dan M yang menunjukkan kepala, belalai dan badan gajah, manakala S adalah lingkaran merah sebagai singkatan pada nama Politeknik Muadzam Shah.
                      Politeknik Muadzam Shah telah menerima anugerah Sijil MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd pada 6 Oktober 2006, dengan skop pendaftaran Perkhidmatan Pendidikan di Peringkat Sijil dalam Bidang Teknologi Maklumat Dan Perdagangan untuk lulusan SPM/SPVM. Kini PMS telah memperbaharui pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 6 Oktober, 2009.

                     Politeknik Muadzam Shah telah menerima anugerah Sijil MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd pada 6 Oktober 2006, dengan skop pendaftaran Perkhidmatan Pendidikan di Peringkat Sijil dalam Bidang Teknologi Maklumat Dan Perdagangan untuk lulusan SPM/SPVM. Kini PMS telah memperbaharui pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 6 Oktober, 2009.


Dibawah 5 jabatan induk iaitu :
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  • Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Jabatan Perdagangan
  • Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
  • Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti selain daripada 2 jabatan sokongan iaitu :
  • Jabatan Matematik Sains dan Komputer
  • Jabatan Pengajian Am


             Diantara program-program yang disediakan di Politeknik Muadzam Shah adalah seperti berikut:
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

*      Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
*      Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
*      Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)

Jabatan Perdagangan
*      Diploma Pengajian Perniagaan
*      Diploma Akauntansi

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
*      Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
*      Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
*      Diploma Rekabentuk Grafik

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
*      Diploma Pengurusan Pelancongan